Pembeli Yang Lahir Bulan Ogos Boleh Nikmati Rebat Segera RM100 Untuk Pembelian Vivo V15 Dan V15 Pro Comments Off on Pembeli Yang Lahir Bulan Ogos Boleh Nikmati Rebat Segera RM100 Untuk Pembelian Vivo V15 Dan V15 Pro 183

Bermula hari ini (19 Ogos 2019) hingga 2 September 2019, Vivo Malaysia telah menganjurkan promosi ‘August Birthday Babies’ sempena meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2019 yang ke-62. Sepanjang tempoh promosi, pembeli yang lahir pada bulan Ogos boleh mendapatkan rebat segera bernilai RM100 untuk pembelian siri Vivo V15.

Jualan merdeka ini akan menawarkan Vivo V15 Pro (8GB) pada harga RM1,799 (RM1,899), manakala model Vivo V15 pula hanya ditawarkan pada harga RM1,199 (RM1,299) untuk semua pembeli yang lahir pada bulan Ogos. Bagi menikmati promosi istimewa ini, anda boleh mengunjungi semua kedai Vivo Concept Stores di seluruh negara, pengedar yang sah dan juga rakan niaga yang diiktiraf.

Vivo V15 Pro dan Vivo V15 hadir dengan sokongan kamera depan terangkat beresolusi 32MP, paparan skrin penuh ‘Ultra FullView Display’, tiga kamera AI, dan juga sokongan ruang storan sebesar 128GB. Sebagai tambahan, Vivo V15 Pro turut dilengkapi pengimbas cap jari dalam skrin dan juga RAM berkapasiti 8GB.

Tonton video buka kotak Vivo V15 Pro:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend