Pembeli Terawal Siri iPhone 11 Di Digi Store Bangsar Shopping Centre Boleh Membeli Apple Watch Series 4 Atau iPhone 6s Pada Harga RM11 Comments Off on Pembeli Terawal Siri iPhone 11 Di Digi Store Bangsar Shopping Centre Boleh Membeli Apple Watch Series 4 Atau iPhone 6s Pada Harga RM11 605

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini telah mengumumkan pelan ansuran ‘ALL-IN’ untuk iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max melalui program PhoneFreedom 365 yang menawarkan naik taraf peranti percuma, perlindungan kerosakan atau kecurian, sifar faedah dan juga tiada bayaran pendahuluan dikenakan.

Model terbaharu keluaran Apple ini sudahpun boleh dimiliki dengan langganan PhoneFreedom 365 bermula 27 September 2019 (Jumaat) di semua Digi Stores dan juga Digi Stores Express di seluruh negara.

Lebih istimewanya, 80 pembeli terawal yang membuat pembelian mana-mana model daripada siri iPhone 11 di Digi Store cawangan Bangsar Shopping Centre (BSC) pada 27 September 2019 (10 pagi) turut boleh membeli Apple Watch Series 4 atau iPhone 6s pada harga hanya RM11.

Kini anda boleh memiliki iPhone 11 dengan langganan bulanan serendah RM199 (peranti + pelan) melalui program PhoneFreedom 365.

Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga 60% untuk aksesori iPhone di Digi Store Bangsar Shopping Centre. Jadi pastikan anda menjadi yang terawal untuk mendapatkan tawaran hebat sempena hari pertama jualan siri iPhone 11 di Malaysia melalui Digi PhoneFreedom 365.

Baca juga:

iPhone 11 / 11 Pro / 11 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi, Mula Dijual Di Malaysia 27 September Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend