Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama Bermula 6 April 2020 Comments Off on Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama Bermula 6 April 2020

Hari ini Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan.

Menurut beliau, pembayaran fasa pertama BPN berjumlah RM5.63 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April 2020 (Isnin) ini. Pecahan penerima adalah seperti berikut:

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bernilai RM250 bilion sebelum ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 sebagai inisiatif terhadap Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Pembayaran BPN sebelum ini telah dijadualkan akan bermula pada penghujung April 2020 nanti, tetapi kini ia telah diawalkan dari yang sepatutnya.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan Malaysia turut menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak berkongsi maklumat dengan mana-mana pihak yang tidak dikenali.

sumber: Twitter/MuhyiddinYassin

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend