Pemasangan Internet Kini Dibenarkan Tetapi Hanya Di Zon Hijau Comments Off on Pemasangan Internet Kini Dibenarkan Tetapi Hanya Di Zon Hijau

Perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan internet di negara ini kini dibenarkan semula untuk beroperasi selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkannya dalam kenyataan media yang terkini.

Menurut SKMM, sebarang kerja pemasangan jalur lebar talian tetap, pembaikan, penyelenggaraan rangkaian, dan pemasangan infrastruktur baharu boleh dijalankan tetapi perlu mengambil kira tahap keselamatan para pelanggan dan pekerja syarikat penyedia perkhidmatan serta situasi semasa di lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi dengan jangkitan COVID-19.

Walaubagaimanapun kerja pemasangan ini hanya boleh dilakukan di premis yang berada di zon hijau yakni bebas daripada kes COVID-19 manakala premis di zon kuning dan merah adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelanggan di dua zon tersebut mengalami masalah teknikal, pekerja syarikat penyedia perkhidmatan hanya boleh menyelesaikannya di luar premis sahaja kecuali ia sangat perlu dan kritikal barulah mereka boleh memasuki premis dengan syarat perlu mengemukakan deklarasi kesihatan, memakai topeng muka, dan mengamalkan penjarakan sosial.

Bagi pengguna yang berada di zon kuning atau merah, mereka mempunyai pilihan lain dengan mendapatkan perkhimatan jalur lebar tanpa wayar tanpa pemasangan talian tetap di rumah dengan melayari laman sesawang syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej-pakej berkenaan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend