Pelbagai Jenis Ujian Ketahanan Yang Dijalankan Pada HUAWEI Y9 Prime 2019 Kini Diperlihatkan Dalam Video Comments Off on Pelbagai Jenis Ujian Ketahanan Yang Dijalankan Pada HUAWEI Y9 Prime 2019 Kini Diperlihatkan Dalam Video 240

Tidak dinafikan lagi bahawa telefon pintar bajet sering dikaitkan dengan kualiti binaan yang rendah, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan ia lebih mudah rosak. Ternyata pandangan skeptikal itu tidak lagi relevan pada masa sekarang kerana melalui fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D), peranti mampu milik juga mampu menjanjikan ketahanan yang baik.

HUAWEI Y9 Prime 2019 kini sudahpun dijual secara rasmi pada harga hanya RM899.

HUAWEI baru-baru ini telah berkongsi sebuah video berdurasi dua minit yang memperlihatkan pelbagai ujian ketahanan yang telah dijalankan pada peranti mampu milik terbaharunya iaitu HUAWEI Y9 Prime 2019. Bagi melihat sendiri ujian yang telah dilakukan pada peranti ini, anda boleh tonton video berikut:

Tonton video buka kotak HUAWEI Y9 Prime 2019:

Baca juga:

HUAWEI Y9 Prime 2019 Sah Berharga RM899, Kamera Terangkat Paling Murah Setakat Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend