Pelanggan Digi Boleh Memiliki HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Dengan Komitmen Serendah RM168 Comments Off on Pelanggan Digi Boleh Memiliki HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Dengan Komitmen Serendah RM168

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) baru-baru ini telah mengumumkan ketersediaan pra-tempah HUAWEI Mate 30 dan HUAWEI Mate 30 Pro sehingga 13 November 2019 di semua Digi Store di seluruh negara melalui program PhoneFreedom 365.

Tersedia melalui PhoneFreedom 365, pelanggan Digi boleh memiliki siri HUAWEI Mate 30 dengan komitmen bulanan serendah RM168. Malah pelanggan pascabayar Digi sedia ada, port in atau baharu boleh memilikinya dengan kadar faedah 0% dan juga tanpa bayaran pendahuluan.

Pelanggan juga akan menerima kuota data berganda sehingga 200GB sebulan, dan layak untuk menaik taraf ke telefon pintar baharu secara percuma selepas 18 bulan. Selain itu, pelanggan yang berdaftar dengan pelan Digi Postpaid 160 dan Digi Postpaid 190 akan turut menerima Digi Shield secara percuma, bagi perlindungan peranti daripada kemalangan atau kerosakan cecair untuk tempoh 2 tahun.

250 pelanggan terawal yang membuat pra-tempah HUAWEI Mate 30 dan Mate 30 Pro bakal menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM656, iaitu HUAWEI PU Casing (RM68), HUAWEI SuperCharge Wireless Car Charger (RM289), dan HUAWEI Care yang menawarkan jaminan waranti tambahan 1 tahun serta waranti skrin retak untuk 6 bulan pertama (bernilai RM299).

Pelanggan Digi yang telah membuat pra-tempah sehingga 13 November 2019, akan mula menerima peranti dan juga hadiah percuma bermula daripada 15 hingga 17 November 2019 nanti.

Baca juga:

HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Akan Dijual Pada Harga RM2799 Dan RM3899

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend