Pelancaran Siri HUAWEI Mate 30 Boleh Ditonton Secara Langsung Di Empat Platfom Ini Comments Off on Pelancaran Siri HUAWEI Mate 30 Boleh Ditonton Secara Langsung Di Empat Platfom Ini

Seperti yang dijadualkan, siri HUAWEI Mate 30 akan dilancarkan pada hari ini, 19 September 2019. Acara tersebut akan diadakan di Munich, Jerman pada jam 2 petang atau 8 malam ini waktu Malaysia.

Bagi peminat HUAWEI yang mempunyai masa lapang malam nanti, anda boleh menonton penstriman langsung pelancaran ini di tiga platfom iaitu di laman sesawang rasmi, YouTube, Twitter, dan Facebook Huawei Mobile.

Antara produk yang akan ditampilkan ialah HUAWEI Mate 30, Mate 30 Pro, Mate 30 Porsche Design, dan Mate 30 Lite selain berkemungkinan jam tangan pintar baharu, TV pintar, dan pastinya sistem operasi terbaru EMUI 10.

Semalam, tiga video acah memperlihatkan ciri-ciri terbaru HUAWEI Mate 30 Pro telahpun tersebar secara meluas. Antara ciri yang diketengahkan adalah fungsi gerakan udara, butang laras suara maya, dan pengecasan pantas tanpa wayar lebih laju.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend