[Pelancaran] Samsung Galaxy A8 Dan Galaxy A8+ (2018) Kini Mula Dijual Di Malaysia 0 162

Meriah! Memang meriah pelancaran peranti kelas pertengahan Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ edisi 2018 ini. Sekarang kita fokus pulak pada “superstar” harini.

Galaxy A8 dan Galaxy A8+ ni dihasilkan bagi penggila selfie, ia dilengkapi dwi kamera (16MP + 8MP f1.9) pada bahagian hadapan, so korang yang hensem akan berkali ganda lebih hensem dari biasa, bukan calang2 punya selfie, 100 likes tu kacang je nak dapat bila upload gambar, hahaha. Kamera belakang pula datang dengan spesifikasi 16MP f1.7.

Nampak tak gambar pool? Samsung saje je buat event kat sebelah pool sebab nak menunjuk-nunjuk yang Galaxy A8 dan Galaxy A8+ ni dikelaskan IP68. Selfie dalam air, tambah lagi 100 likes. Kat bawah ni aku list kan spesifikasi asas bagi Galaxy A8 dan Galaxy A8+.

Samsung Galaxy A8 (2018):

 

  • Paparan: 5.6 inci
  • Kamera: 16MP + 8MP (hadapan) & 16MP (belakang)
  • CPU: Octa Core (2.2GHz Dual + 1.6GHz Hexa)
  • Memori: 4GB RAM + 32GB ROM
  • Bateri: 3,000 mAh
  • Harga: RM 1, 799

 

Samsung Galaxy A8+ (2018):

 

  • Paparan: 6.0 inci
  • Kamera: 16MP + 8MP (hadapan) & 16MP (belakang)
  • CPU: Octa Core (2.2GHz Dual + 1.6GHz Hexa)
  • Memori: 6GB RAM + 64GB ROM
  • Bateri: 3,500 mAh
  • Harga: RM 2,499
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend