Pelancaran realme X50 Pro 5G Akan Dibuat Secara Atas Talian, Serentak Di Lebih 15 Negara Pada 24 Februari Comments Off on Pelancaran realme X50 Pro 5G Akan Dibuat Secara Atas Talian, Serentak Di Lebih 15 Negara Pada 24 Februari

Berikutan daripada pembatalan acara tahunan MWC 2020, pada minggu lepas realme telahpun mengumumkan perancangannya untuk melancarkan realme X50 Pro 5G secara atas talian sahaja.

Bertemakan ‘Speed of the Future’, majlis pelancaran peranti pertama 5G daripada realme ini akan dibuat melalui penstriman langsung di Madrid, bermula jam 10 pagi (waktu Madrid) pada 24 Februari 2020.

realme X50 5G sebelum ini telah dilancarkan dengan paparan 120Hz dan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 765G.

Penstriman langsung majlis pelancaran ini akan turut dikongsikan untuk pasaran global dengan menyaksikan perkongsian di saluran YouTube, Facebook, dan juga laman rasmi realme.com di lebih 15 buah negara.

realme X50 Pro 5G yang merupakan peranti mercu 5G pertama keluaran realme ini akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865, dan turut disahkan akan menyokong teknologi pengecasan pantas 65W SuperDart Charge.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend