Pelancaran OPPO Find X2 Ditunda Ke 6 Mac 2020 Comments Off on Pelancaran OPPO Find X2 Ditunda Ke 6 Mac 2020

Jenama telefon pintar keempat dunia, OPPO difahamkan akan memperkenalkan OPPO Find X2 pada minggu hadapan. Disebakan acara itu telah dibatalkan ekoran ancaman wabak COVID-19, OPPO dilihat terpaksa menunda pelancaran peranti mercu terbaru mereka pada awal bulan hadapan iaitu pada 6 Mac 2020.

OPPO juga dijangka akan memperkenalkan jam pintar terbaru mereka pada hari pelancaran nanti dan mungkin turut mengumumkan OPPO Find X2 versi Pro.

Gambar: The Verge

Khabarnya, Find X2 dan Find X2 Pro akan menyertakan cipset Snapdragon 865 dan paparan QHD+ atau kita panggil skrin 2K. Paparan bersaiz 6.5-inci AMOLED juga turut dilindungi kaca tahan lasak Corning Gorilla Glass 6. Memorinya pula dipadankan 8GB RAM dan 256GB storan serta bateri sebesar 4065mAh yang sudah pasti menyokong pengecasan pantas SuperVOOC generasi terbaru.

Pada Jabatan kamera, Find X2 mungkin diletakkan sensor Sony 48MP yang terbaru dengan keupayaan prestasi dua kali ganda berbanding teknologi Dual Pixel sedia ada. Manakala untuk reka bentuk, tidak pasti sama ada rekaan unik yang terdapat pada Find X akan diteruskan ataupun akan berubah.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend