Pelancaran iPhone 12 Dijangka Akan Ditunda Selewat-lewatnya November Tahun Ini Comments Off on Pelancaran iPhone 12 Dijangka Akan Ditunda Selewat-lewatnya November Tahun Ini

Menurut penganalisa teknologi dan juga YouTuber iaitu Jon Prosser, majlis pelancaran siri iPhone 12 dijangka akan ditunda antara bulan Oktober atau November tahun ini.

Menurunya lagi, prototaip iPhone 12 juga dilaporkan masih lagi belum disiapkan sepenuhnya. Ini berikutan eksekutif Apple perlu berada di China untuk menyiapkan prototaip tersebut. Tetapi disebabkan sekatan perjalanan yang dilaksanakan, perkara itu tidak dapat diputuskan buat masa ini.

Bahkan pembuatan iPhone 12 yang sepatutnya dijadualkan bermula bulan Mei ini juga dikhabarkan tidak dapat diteruskan. Malah jika dilihat pada keseluruhan perancangan iPhone 12, ia dua bulan telah terlewat daripada perancangan awal.

Dalam ciapan berasingan, Jon Prosser turut mendedahkan bahawa projek penghasilan AirPower masih lagi diteruskan. Namun begitu tidak dapat dipastikan sama ada aksesori itu akan diperkenalkan kepada umum ataupun tidak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend