Pelancaran HONOR 9X Dijadualkan Pada 23 Julai Ini Comments Off on Pelancaran HONOR 9X Dijadualkan Pada 23 Julai Ini 318

Selepas berjaya menjual 10 juta unit HONOR 8X sejak ia dilancarkan pada September tahun lalu, HONOR kini bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru mereka, HONOR 9X. Ia telah disahkan sendiri oleh CEO syarikat, George Zhao dalam akaun Weibo beliau hari ini.

Berdasarkan kad jemputan yang dikongsi, telefon pintar ini bakal dilancarkan pada 23 Julai 2019 di Xi’an, China malahan slogan yang digunakan pula berbunyi “HONOR 9X laju dari dalam. Dicipta untuk merendah diri.” – bermaksud peranti masih lagi kelas pertengahan tetapi memiliki prestasi yang lebih hebat.

HUAWEI nova 5

Bagaimanapun spesifikasi peranti sudah tertiris lebih awal, ia dilaporkan hadir dengan cip pemproses terbaru, Kirin 810 disamping bakal menggunakan konfigurasi tri-kamera yang menyertakan lensa ultra lebar.

HONOR 9X mungkin tiba dengan versi Pro yang mana akan menampilkan sistem kuad-kamera. Sumber yakin ia penjanamaan semula kepada HUAWEI nova 5 yang mungkin turut menyertakan lensa kamera mikro.

Dengan tempoh kurang dari sebulan sebelum pelancaran rasmi, ramai menjangkakan peranti ini bakal mendapat perhatian daripada peminat telefon pintar kelas pertengahan khususnya peminat jenama ini sendiri.

melalui/sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend