Pelancaran Global Mi 10 Dan Mi 10 Pro Akan Dibuat Secara Penstriman Langsung Pada 27 Mac 2020 Comments Off on Pelancaran Global Mi 10 Dan Mi 10 Pro Akan Dibuat Secara Penstriman Langsung Pada 27 Mac 2020

Xiaomi sebelum ini telahpun membatalkan majlis pelancaran global siri Mi 10 yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada bulan lepas, iaitu serentak dengan acara MWC2020.

Nampaknya penantian untuk menyaksikan kemunculan Mi 10 dan Mi 10 Pro untuk pasaran global bakal direalisasikan dalam masa terdekat ini apabila ia akan berlangsung pada 27 Mac 2020 , jam 9 malam waktu Malaysia.

Sungguhpun begitu atas faktor kesihatan, majlis pelancaran ini akan dibuat melalui penstriman langsung melalui tiga saluran rasmi Xiaomi iaitu Twitter, YouTube dan juga Facebook.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend