Pasaran Indonesia Akan Menyaksikan Pelancaran realme C3 Dengan Sokongan Tiga Kamera Utama Comments Off on Pasaran Indonesia Akan Menyaksikan Pelancaran realme C3 Dengan Sokongan Tiga Kamera Utama

Baru minggu lepas realme India telah melancarkan model mampu milik terbaharunya dengan kemunculan realme C3. Dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio G70, ia turut didatangkan dengan sokongan dwi kamera utama beresolusi 12MP + 2MP.

Indonesia juga bakal menyaksikan kemunculan realme C3 ini bermula minggu depan, apabila ia telah disahkan akan dilancarkan pada 19 Februari 2020 nanti.

Apa yang menarik perhatian, berbeza dengan pasaran di India, realme C3 untuk pasaran Indonesia telah disahkan akan hadir dengan sokongan tiga kamera dan bukannya dwi kamera.

Bahkan pelancaran realme C3 di Indonesia nanti akan turut menggunakan slogan ‘Triple Camera, Game Monster’. Tidak cukup dengan itu, imej acah yang dikongsikan di laman rasmi realme Indonesia turut memperlihatkan rekaan tiga kamera untuk realme C3 itu nanti.

Sungguhpun begitu, buat masa ini tidak dapat dipastikan konfigurasi kamera yang akan disokong oleh realme C3. Manakala sokongan spesifikasi lain mungkin dikekalkan sama seperti untuk pasaran di India.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend