Pasaran Global Untuk Fon Telinga TWS Kini Cecah 33 Juta Unit Pada Suku Ke-3 2019 Comments Off on Pasaran Global Untuk Fon Telinga TWS Kini Cecah 33 Juta Unit Pada Suku Ke-3 2019

Trend penggunaan fon telinga dengan teknologi TWS (True Wireless Stereo) sememangnya semakin mendapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan pengguna global. Ini kerana fon telinga TWS merupakan aksesori audio tanpa kabel yang menjanjikan proses sambungan yang sangat mudah.

Permintaan yang sangat tinggi ini jelas dapat dilihat melalui peningkatan pasaran global untuk fon telinga TWS untuk suku ke-3 2019 yang kini telah mencecah sehingga 33 juta unit. Menurut portal Counterpoint, jumlah ini bersamaan dengan pendapatan sebanyak USD4.1 bilion iaitu kira-kira RM17.09 bilion.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan, pasaran Amerika Syarikat mencatatkan 31% daripada pasaran global dengan pengedaran melebihi 10 juta unit buat pertama kali untuk satu suku. Manakala China pula mencatatkan peningkatan sehingga 44% berbanding suku sebelum ini.

Sebagai rujukan, antara model fon telinga TWS premium diperkenalkan di pasaran termasuklah Apple AirPods Pro, JBL TUNE 120, Jabra Elite 75t, dan fon telinga TWS bajet pula terdiri daripada Redmi AirDots, Mi True Wireless Earphones, Tronsmart Spunky Beat dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend