Pasangan Tuntut USD600,000 Dari Apple Kerana iPhone 6 Menjadi Punca Mereka Hilang Mata Pencarian… 0 119

Gara-gara iPhone 6 yang baru dimiliki tiga bulan lepas, satu pasangan di Kanada telah membuat tuntutan terhadap Apple sebanyak CAD600,000 atau bersamaan dengan RM2.3 juta. Tuntutan ini dibuat setelah rumah ladang yang menjadi tempat perkhemahan kanak-kanak dan juga menjadi daya tarikan orang ramai untuk melihat aktiviti perladangan milik mereka terpaksa ditutup kerana telah terbakar.

Keadaan rumah ladang ini rosak teruk sehingga memaksa pemiliknya menutupnya daripada sebarang aktiviti, sekaligus menyebabkan kerugian yang besar.

Menurut pasangan itu yang dikenali sebagai Cathy dan Ian, pihak bomba telah mengesahkan punca kebakaran itu berpunca dari sebuah peranti yang telah ditemui dalam keadaan rentung. Perkara ini telah disahkan lagi oleh pasangan itu yang mengatakan bahawa mereka telah mengecas iPhone 6 dan membiarkannya di ruang tamu untuk memberi makan kambing di ladang ternakan tersebut.

iPhone 6 yang baru dimiliki selama tiga bulan ini menjadi punca kebakaran.

Tuntutan yang dibuat itu turut mendapat sokongan daripada orang ramai di kawasan tersebut dengan menandatangani petisyen di Change.org dan juga Facebook supaya Apple membayar pampasan kepada pasangan ini. Sungguhpun begitu, pihak Apple dikatakan masih lagi sedang menyiasat insiden tersebut buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend