Panel Skrin Pada Google Pixel 3 Dihasilkan Oleh LG Dan Bukannya Samsung Seperti Sebelum Ini Comments Off on Panel Skrin Pada Google Pixel 3 Dihasilkan Oleh LG Dan Bukannya Samsung Seperti Sebelum Ini

iFixit sememangnya terkenal sebagai komuniti global untuk membantu orang ramai dalam proses membaiki pelbagai produk terutamanya peranti mudah alih. Baru-baru ini mereka telah berjaya mendedahkan bahawa panel skrin P-OLED FHD+ berukuran 5.5 inci yang disokong oleh Google Pixel 3 tidak lagi dibekalkan oleh Samsung, sebaliknya dihasilkan oleh LG.

Perkara ini dilihat agak berbeza dengan generasi sebelum ini yang mana panel OLED daripada LG telah digunakan pada Google Pixel 2 XL, manakala Google Pixel 2 pula mendapat panel skrin yang dibekalkan oleh Samsung. Menurut Google, penukaran untuk bekalan panel skrin pada Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL ini dibuat bagi mengurangkan isu monopoli di antara kedua-dua pengeluar yang terlibat.

Kesemua komponen Google Pixel 3 telah ditanggalkan oleh iFixit.

Walaupun hadir dengan paparan skrin dan juga kapasiti bateri yang berlainan saiz, Google Pixel 3 XL dan Pixel 3 dilihat masih menyokong spesifikasi yang setanding. Ini termasuklah sokongan lensa kamera dan juga fungsi penggambaran yang ditawarkan untuk kedua-dua model tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend