Pandelela Rinong Pilih Huawei Watch GT Sebagai Teman Berlatih Comments Off on Pandelela Rinong Pilih Huawei Watch GT Sebagai Teman Berlatih

Siapa tidak kenal dengan Pandelela Rinong, ratu terjun negara yang pernah memenangi pingat Olimpik pada 2012. Beliau kini memilih untuk meraikan Hari Natal bersama Huawei Watch GT melalui kempen #WishTheBestWithTheBest.

Kempen ini diadakan bertujuan memberikan inspirasi kepada orang ramai dalam meraikan musim perayaan dengan cara yang berbeza serta berkongsi pengalaman terbaik tidak kira di mana jua mereka berada.

“Sementara kebanyakan orang pulang ke kampung untuk meraikan hari perayaan bersama keluarga dan rakan-rakan, ada segelintir telah menyambutnya dengan cara yang berbeza. Seperti saya, saya menghabiskan hampir setiap masa dengan berlatih malah tiada cuti panjang walaupun ianya Hari Natal. Sudah tentu, masa ini dimanfaatkan bersama teman (Huawei Watch GT) serta orang-orang di sekeliling saya”, luahan Pandelela Rinong.

Huawei Watch GT diperkenalkan di Malaysia seiring dengan peranti Huawei Mate 20 Series. Jam tangan pintar ini dijual pada harga RM899 (sport edition) dan RM999 (classic edition) seutas. Huawei Watch GT boleh digandingkan bersama telefon pintar Android untuk memantau tahap kesihatan dan sesuai digunakan semasa bersukan ataupun bersenam.

Beli Huawei Watch GT: https://shop.huawei.com/my

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend