Pandang Pertama Antaramuka realme UI Berasaskan Android 10 Comments Off on Pandang Pertama Antaramuka realme UI Berasaskan Android 10

Seperti yang telah kami kongsikan sebelum ini, pemilik realme 3 Pro di India telahpun dilaporkan mula menerima kemas kini realme UI berasaskan Android 10. Berbeza dengan antaramuka ColorOS yang digunakan sebelum ini, antara realme UI dilihat telah menampilkan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan.

Homescreen, Notification Panel dan App Drawer

Paparan Homescreen kini kelihatan sedikit berbeza kerana bar Google Search telah ditempatkan pada bahagian bawah app dock. Manakala ruangan Notification Panel pula tampil ringkas dengan quick toggles yang lebih mudah untuk dicapai. Antaramuka App Drawer juga kini tampil sedikit berbeza.

Fungsi pengubahsuaian ikon mengikut citarasa

Berbeza dengan antaramuka sebelum ini, realme UI kini kebebasan kepada pengguna untuk menukar gaya ikon mengikut citarasa masing-masing. Terdapat empat jenis ikon boleh dipilih iaitu Default (bulat), Material Style (bentuk berbeza mengikut aplikasi), Pebble (segi empat dengan penjuru bulat), dan juga Custom (pilihan ikon daripada pihak ketiga).

Animasi pengecasan pada lockscreen yang lebih menarik

Animasi pada lockscreen ketika peranti dicas juga kini tampil lebih menarik kerana ia memperlihatkan efek seperti arus elektrik yang kelihatan agak realistik.

Sistem mod gelap menyeluruh yang kini kelihatan lebih gelap

Sokongan sistem mod gelap menyeluruh pada realme UI masih kekal sama seperti antaramuka ColorOS sebelum ini. Apabila mod ini diaktifkan, ia akan menukarkan kesemua antaramuka dan juga aplikasi pihak ketiga ke dalam mod gelap.

Namun begitu, realme UI kini tampil dengan kemasan warna yang lebih gelap berbanding sebelum ini. Lebih istimewa, peralihan animasi ke mod gelap dan sebaliknya juga kelihatan sangat menarik.

Rakaman skrin dengan audio dalaman

Kini pengguna realme UI sudah boleh membuat rakaman skrin dengan pilihan sama ada mahu menggunakan rakaman bunyi menggunakan mikrofon, ataupun rakaman bunyi dalaman pada telefon pintar itu sendiri.

Fungsi tangkap skrin lebih praktikal

Kebiasaannya apabila kita menggunakan fungsi tangkap skrin (screenshot), ia secara automatik akan mengambil keseluruhan antaramuka skrin. Kini dengan realme UI, anda boleh menggunakan tiga jari dan juga kaedah leretan untuk fungsi tangkap skrin pada bahagian skrin yang diingini sahaja.

Kalkulator dengan sokongan tetingkap kecil terapung

Bagi pengguna yang kerap menggunakan aplikasi kalkulator, realme UI kini telah dilengkapi dengan fungsi tetingkap kecil terapung untuk aplikasi tersebut. Ia boleh dileretkan dengan mudah pada mana-mana bahagian skrin untuk anda membuat kira-kira dengan lebih mudah dan praktikal.

Fungsi ‘Dual Earphones’ untuk perkongsian audio

Sokongan ‘Focus Mode’ untuk memastikan pengguna tidak diganggu

Selain dilengkapi mod khas untuk pemanduan melalui penyediaan ciri ‘Driving Mode’, realme UI kini turut dilengkapi mod khas untuk membantu pengguna lebih fokus kepada tugasan yang perlu dilakukannya. Apabila mod ini diaktifkan, kesemua aplikasi akan disembunyikan dengan fungsi penggunaan yang terhad, dan juga notifikasi mesej serta panggilan disekat.

Tidak cukup dengan itu, pengaktifan mod ini juga membenarkan pengguna untuk memilih muzik yang tenang untuk dimainkan secara latar bagi membantu mereka untuk lebih fokus.

Kesimpulan:

Memandangkan realme kini tidak lagi dikenali sebagai sub-jenama OPPO, sedikit demi sedikit jenama ini dilihat cuba tampil dengan identitinya sendiri. Antara langkah awal yang cuba diambil adalah dengan memperkenalkan antaramuka baharu yang dikenali sebagai realme UI bagi menggantikan antaramuka ColorOS.

Tidak dinafikan bahawa secara keseluruhannya, antaramuka realme UI telah membawakan pembaharuan dan penambahbaikan fungsinya. Antara yang menarik termasuklah keupayaannya untuk mengubah rekaan ikon, dan yang paling istimewa adalah sokongan Dual Earphones yang menjanjikan fungsi yang praktikal.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend