Palam Kuasa 18W Dari Apple Dengan Sokongan USB Type-C Tertiris Di Internet Comments Off on Palam Kuasa 18W Dari Apple Dengan Sokongan USB Type-C Tertiris Di Internet

Sepertimana yang kami pernah kongsikan sebelum ini, Apple telah dilaporkan akan menggunakan sokongan USB Type-C untuk iPhone model 2018 nanti. Jika sebelum ini gambar yang dikongsikan sekadar memperlihatkan lakaran komputer, baru-baru ini ada pihak telah berjaya mendedahkan gambar sebenar palam kuasa 18W untuk iPhone nanti.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, palam kuasa dengan sokongan USB Type-C PD3.0 ini masih lagi dalam peringkat percubaan untuk model A1720. Walaupun gambar yang dikongsikan kelihatan sedikit kabur, palam kuasa ini menyokong input 100-240V 50/60Hz 0.45A, dengan output kuasa 5V3A / 9V2A.

Apa yang menariknya, ada khabar angin yang mengatakan bahawa Apple akan menawarkan kabel Lightning ke USB Type-C dalam setiap pakej pembelian iPhone model 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend