Oukitel WP1 Didedahkan Dengan Sokongan Ciri Tahan Lasak Dan Pengecasan Tanpa Wayar 10W Comments Off on Oukitel WP1 Didedahkan Dengan Sokongan Ciri Tahan Lasak Dan Pengecasan Tanpa Wayar 10W 528

Sudah agak lama kita tidak mendengar model terbaharu keluaran Oukitel yang sebelum ini pernah memeriahkan pasaran telefon pintar tempatan. Namun begitu baru-baru ini Oukitel nampaknya bakal hadir dengan satu lagi telefon pintar tahan lasak keluarannya melalui pendedahan model Oukitel WP1.

Oukitel WP1 sememangnya sangat tahan lasak kerana ia hadir dengan paparan skrin kaca yang diperbuat daripada CSG Glass yang sangat tahan lasak daripada calar mahupun retak. Manakala panel belakang kacanya pula menggabungkan komposit PC daripada Bayer dan TPU yang lembut tetapi sangat kukuh. Malah ia juga kalis air dan juga debu melalui pengiktirafan IP68.

Dari aspek spesifikasinya pula, Oukitel WP1 telah dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio P23, kombinasi memori 4GB + 64GB, paparan skrin 5.5 inci HD+, dan juga bateri berkapasiti 5000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 9V2A. Apa yang lebih istimewa, ia merupakan model pertama dari Oukitel hadir dengan teknologi pengecasan tanpa wayar dengan kelajuan 10W.

Buat masa ini Oukitel masih lagi belum mendedahkan harga jualan ataupun ketersediaan model ini di pasaran.

Video ujian ketahanan Oukitel WP1:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend