OtterBox Perkenal Sarung Pelindung Dan Pelindung Skrin Tahan Lasak Untuk Siri iPhone 11 Comments Off on OtterBox Perkenal Sarung Pelindung Dan Pelindung Skrin Tahan Lasak Untuk Siri iPhone 11

Jika sebelum ini OtterBox telah memperkenalkan barisan aksesori sarung pelindung tahan lasak untuk siri Samsung Galaxy S10, kini jenama popular ini telah tampil pula dengan aksesori yang sama untuk siri iPhone 11.

OtterBox yang sememangnya terkenal dengan penawaran aksesori tahan lasak kini telah memperkenalkan empat koleksi baharu untuk model iPhone 11, iPhone 11 Pro dan juga iPhone 11 Pro Max. Selain menampilkan rekaan tahan lasak yang sesuai untuk pengguna aktifk, ia turut mengekalkan penampilan yang lebih bergaya:

  • Symmetry Series – tampil dalam rekaan yang nipis, ia mampu menjanjikan ketahanan daripada terjatuh. Bahkan ia turut memiliki rekaan panel belakang lut sinar yang mampu menyerlahkan rekaan sebenar iPhone anda.
  • Strada Series – bagi yang ingin tampil lebih mewah yang turut menjanjikan perlindungan optimum. Ia memiliki kemasan kulit dengan rekaan sarung yang boleh dilipat bagi melindungi permukaan skrin.
  • Commuter Series – siri ini menampilkan rekaan kerangka luar jenis keras dengan perlindungan bahagian dalam yang diperbuat daripada silikon. Kombinasi kemasan berbeza ini mampu menjanjikan serapan hentakan yang jauh lebih baik.

This slideshow requires JavaScript.

Selain sarung pelindung daripada siri popular ini, OtterBox turut memperkenalkan satu lagi siri baharu Otter + Pop yang bukan sahaja menampilkan rekaan sarung pelindung yang tahan lasak. Malah bahagian belakangnya turut memiliki rekaan PopSockets PopGrip yang boleh digunakan sebagai kickstand.

Lebih menariknya, OtterBox turut menawarkan skrin pelindung yang dikenali sebagai Amplify Screen khusus untuk siri iPhone 11. Menerima sentuhan kejuruteraan daripada Corning, permukaan skrin pelindung ini dikatakan 5x ganda lebih tahan calar berbanding kaca biasa, dan dalam masa yang sama mengekalkan tahap kejelasan skrin.

Produk terbaharu daripada OtterBox untuk iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max ini sudahpun mula dijual secara rasmi di Switch Malaysia dan juga Urban Republic di Malaysia.

Baca juga:

OtterBox Mula Menawarkan Sejumlah Sarung Untuk Siri Galaxy S10 Pada Harga Bermula RM129

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend