Orang Ramai Disarankan Membeli Ais Dari Kilang Yang Dilesenkan Oleh KKM Berikutan Isu COVID-19 Comments Off on Orang Ramai Disarankan Membeli Ais Dari Kilang Yang Dilesenkan Oleh KKM Berikutan Isu COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum saranan oleh Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, YB Tuan Phee Boon Poh yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 19 Februari 2020.

Di dalam artikel tersebut, beliau dilaporkan telah menyarankan orang ramai untuk tidak mengambil ais daripada sumber yang tidak disahkan kerana jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19) didakwa boleh disebarkan melalui cecair.

Di bawah Peraturan 394A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan standard ais dan syarat lesen yang perlu dipatuhi oleh kilang ais. Ais yang dihasilkan hendaklah menggunakan sumber air terawat dan menjalani proses nyahjangkitan melalui pelbagai teknologi seperti teknologi radiasi pengionan, ultraungu dan sebagainya.

Berdasarkan kajian dan maklumat yang diketahui setakat ini mengenai jangkitan COVID-19, pematuhan kepada standard dan syarat perlesenan sedia ada dapat memastikan ais yang dikeluarkan oleh kilang ais adalah selamat. Namun, kilang ais yang tidak mempunyai lesen tidak dapat dipastikan keberkesanan proses penyahjangkitan.

Sehubungan dengan itu, pengguna disarankan untuk membeli ais dari kilang yang telah dilesenkan oleh KKM. Pengguna boleh merujuk nombor lesen KKM pada pembungkusan ais. Pengguna juga boleh menyemak maklumat kilang ais yang memperolehi lesen KKM di laman sesawang rasmi BKKM, http://fsq.moh.gov.my.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend