Oppo Umum Sub-Jenama Baharu – Reno Comments Off on Oppo Umum Sub-Jenama Baharu – Reno 875

[kemas kini artikel] Oppo Reno telah disahkan sebagai siri baharu daripada Oppo dan bukannya sub-jenama sebagaimana Realme.

Oppo, anak syarikat kepada BBK Electronics hari ini mengumumkan sub-jenama baharu yang dinamakan Reno. Ini sekaligus menjadikan Reno sub-jenama kedua selepas Realme yang diperkenalkan pada bulan Mei tahun lalu.

Logo jenama kini diperlihatkan melalui tema warna yang ceria kerana menurut Naib Presiden Oppo, Shen Yiren, Reno merupakan jenama yang mensasarkan golongan muda.

Telefon pintar pertama daripada Reno dikhabarkan akan dilancarkan pada 10 April 2019 di China. Tetapi, buat masa ini tiada maklumat mengenai peranti didedahkan.

Seperti apa yang didengar sebelum ini, telefon pintar Reno akan hadir dengan rekaan yang berlainan daripada apa yang pernah dikeluarkan Oppo. Selain itu, peranti akan menggunakan cip pemproses terbaharu daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 855. Bahagian kamera pula akan menggunakan teknologi 10x lossless zoom yang telah diperkenalkan di acara MWC 2019 lalu.

Shen Yiren turut menambah, peranti Reno ini mungkin akan memuatkan bateri sebesar 4,065mAh tetapi tidak pula memberitahu mengenai sistem pengecasan peranti. Bagaimanapun, bicu audio 3.5mm dikatakan akan ditawarkan kepada pengguna.

Memandangkan Oppo telah mengumumkan ia akan dilancarkan pada bulan hadapan, nama model yang akan digunakan masih lagi menjadi tanda tanya. Apa-apapun kita nantikan pengumuman seterusnya daripada mereka.

Baca juga:

Spesifikasi OPPO Reno Tertiris, Hadir Dengan Skrin 6.4″, Snapdragon 710 Dan Dwi Kamera 48MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend