OPPO Umum ColorOS 6.0 Dengan Antaramuka Lebih Terang, Penggunaan Fon Baharu Dan Pembelajaran Mesin Comments Off on OPPO Umum ColorOS 6.0 Dengan Antaramuka Lebih Terang, Penggunaan Fon Baharu Dan Pembelajaran Mesin

Baru-baru ini OPPO telah mengadakan satu majlis khas bersempena sambutan ulang tahun sistem operasi ColorOS yang kelima di Shenzhen, China. Menariknya OPPO turut berkongsi bahawa setakat ini antaramuka ColorOS telah menerima 13 kemas kini utama sejak diperkenalkan, dan ia telah digunakan oleh 250 juta pengguna dari 140 buah negara di seluruh dunia.

Bagi menyambut ketibaan tahun 2019 nanti, OPPO bakal melancarkan ColorOS 6.0 untuk dioperasikan pada peranti keluarannya pada masa akan datang. Pembaharuan utama yang dapat dilihat pada versi baharu antaramuka ini adalah rekaannya yang memfokuskan kepada telefon pintar dengan rekaan skrin penuh.

Kini secara keseluruhan antaramukanya tampil dengan warna latar belakang putih yang turut menerima sentuhan efek kecerunan yang tidak terlalu menonjol warnanya. Malah OPPO juga telah berkolaborasi dengan syarikat tempatan iaitu Hanyi untuk memperkenalkan fon baharu yang dikenali sebagai ‘OPPO Sans’.

ColorOS 6.0 juga dilaporkan turut menyokong ciri pembelajaran mesin untuk memastikan aplikasi pada background tidak akan ditutup sebaliknya akan dihentikan operasinya secara automatik. Ia turut dibantu dengan fungsi untuk menganalisa aktiviti aplikasi yang digunakan oleh pengguna. Kombinasi keupayaan AI ini sekaligus mampu mengurangkan penggunaan bateri sehingga 7%.

OPPO akan melancarkan antaramuka baharu ColorOS 6.0 ini menjelang tahun 2019 nanti dan mungkin lebih banyak pembaharuan serta penambahbaikan akan dikongsikan pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend