OPPO Reno3 Vitality Edition Kini Dirasmikan Dengan Snapdragon 765 Dan Kuad Kamera 48MP Comments Off on OPPO Reno3 Vitality Edition Kini Dirasmikan Dengan Snapdragon 765 Dan Kuad Kamera 48MP

Sebelum tahun 2019 melabuhkan tirai, OPPO telahpun melancarkan dua model terbaharunya iaitu Reno3 dan juga Reno3 Pro untuk pasaran di China.

Dalam diam-diam, OPPO kini telah melancarkan satu lagi model untuk siri tersebut dengan kemunculan OPPO Reno3 Vitality Edition. Berbeza dengan siri Reno3 sebelum ini, edisi baharu ini menampilkan sokongan cipset baharu iaitu Snapdragon 765 dengan sambungan rangkaian 5G.

Selain daripada itu, sokongan kuad kamera pada OPPO Reno3 Vitality Edition ini juga turut menyaksikan sokongan kuad kamera 48MP, berbanding 64MP sebelum ini.

Dari segi rekaan luaran, ia dilihat masih mengekalkan rekaan yang sama tetapi kini ia telah menampilkan warna baharu iaitu Moonlight Black, Sky Mirror White, dan juga Streamer Gold.

OPPO Reno3 Vitality Edition masih mengekalkan sokongan spesifikasi lain seperti skrin 6.4 inci OLED FHD+, memori 8GB + 128GB, bateri 4025mAh dengan pengecasan pantas 30W dan juga kamera depan 32MP.

Ia kini sudah dibuka untuk pra-tempah dan OPPO Reno3 Vitality Edition akan dijual pada harga CNY2,999 (~RM1,775).

sumber, melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend