OPPO Reno3 Pro Versi India Lebih Baik Daripada Versi China Comments Off on OPPO Reno3 Pro Versi India Lebih Baik Daripada Versi China

OPPO menetapkan tarikh 2 Mac sebagai hari pelancaran OPPO Reno3 Pro di India. Walaupun sudah diperkenalkan di China pada akhir Disember lalu, peranti untuk pasaran India ini sebenarnya memiliki spesifikasi yang berbeza.

OPPO Reno3 Pro terbaru bakal hadir dengan dwikamera depan yang mana menurut butiran unit dummy, kamera swafoto dilengkapi sensor 44MP dengan sensor kedua merupakan kedalaman.

Selain daripada kamera depan, peranti ini juga disertakan kuadkamera belakang yang menawarkan sensor 64MP berbanding 48MP untuk pasaran China.

Ciri pengecasan pula nampaknya kekal menggunakan teknologi VOOC 4.0 berkuasa 30W diikuti memori dalaman 8GB RAM dan storan 128GB. Lain-lain spesifikasi dilaporkan masih sama dengan versi yang dijual di China.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai tanda harga.

sumber: 1 / 2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend