OPPO Reno3 Pro Dwikamera Depan 44MP Dilancarkan Dengan MediaTek Helio P95 Comments Off on OPPO Reno3 Pro Dwikamera Depan 44MP Dilancarkan Dengan MediaTek Helio P95

Seperti yang dijadualkan, OPPO India hari ini telah melancarkan OPPO Reno3 Pro untuk pasaran negara mereka. Telefon ini hadir dengan spesifikasi berbeza berbanding versi China yang telah diperkenalkan pada Disember lalu.

Pertama sekali, kamera depan telah dipertingkatkan melalui dwikamera 44MP f/2.4 dan 2MP kedalaman – versi China satu kamera sahaja 32MP.

Kedua, konfigurasi kamera belakang juga dinaik taraf kepada 64MP+13MP+8MP+2MP – versi China menggunakan 48MP+13MP+8MP+2MP.

Ketiga, OPPO meletakkan cipset terbaru iaitu MediaTek Helio P95 kedalam peranti. Cipset ini berada di kelas yang sama seperti Snapdragon 765 di versi China.

Selain daripada itu, OPPO Reno3 Pro versi global ini dilengkapi paparan AMOLED 6.5-inci bersama kadar segar semula 90Hz. Memori pula dipadankan 8GB RAM dan 256GB storan, dikuasakan bateri 4025mAh yang disokong VOOC 4.0 untuk pengecasan 30W, pengimbas cap jari pada skrin yang kesemuanya dijalankan di atas ColorOS 7 berasaskan Android 10.

Bercakap tentang kamera, peranti ini menawarkan ciri pengezuman 5x zum hibrid dan 20x zum digital selain mampu menangkap gambar 108MP dan video bokeh.

Di India, OPPO Reno3 Pro tanpa sokongan 5G seperti versi China ini dijual pada harga INR29990 (~RM1737) untuk 8GB+128GB dan INR32990 (~RM1910) untuk 8GB+256GB. Pilihan warna ialah Auroral Blue, Midnight Black, dan Sky White.

Baca:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend