OPPO Reno2 / Reno2 Z / Reno2 F, Kesemuanya Diperkenalkan Dengan Empat Kamera Belakang Comments Off on OPPO Reno2 / Reno2 Z / Reno2 F, Kesemuanya Diperkenalkan Dengan Empat Kamera Belakang 154

OPPO muncul sekali lagi dan kali ini membawakan tiga buah model iaitu Reno2, Reno2 Z, dan Reno2 F. Menariknya, ketiga-tiga model ini mengenakan konfigurasi empat kamera utama pada kerangka badan premium.

Kesemua Reno2 hadir dengan paparan 6.5-inci AMOLED dengan kamera depan pop-naik serta bateri 4000mAh yang menyokong VOOC 3.0 (20W). Bagaimanapun, generasi terbaru ini tidak menerima teknologi sensor kamera periskop seperti Reno 10x Zoom.

OPPO Reno2

Kamera utama Reno2 menggunakan 48MP Sony IMX586 f/1.7 aperture yang digandingkan dengan OIS dan Ultra Steady Video. Seterusnya ia hadir dengan kamera 8MP ultra-lebar seluas 116-darjah. Sementara lensa telefoto pula menggunakan 13MP f/2.4 yang menawarkan 5x zum hibrid.

Oppo tidak memberitahu adakah model ini menyokong zum optikal, tetapi kami pasti ia terhad kepada 3x zum sahaja. Sensor terakhir pula menempatkan lensa monokromatik 2MP untuk potret.

Paparan peranti ini hampir penuh dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencapai 93%. Dalam pada itu, ia disertakan juga dengan kamera depan 16MP pada sirip jerung yang akan dibuka dalam masa hanya 0.8 saat.

Reno2 dikuasakan cip pemproses Snapdragon 730G, digandingkan memori 8GB RAM dan 256GB storan.

OPPO Reno2 Z

Peranti kedua pula ialah Reno2 Z yang mana menggunakan sensor 48MP yang sama dengan model disebutkan awal tadi. Selebihnya kamera-kamera lain masih sama kecuali tiada lensa telefoto tetapi digantikan dengan lensa potret 2MP – berbeza dengan lensa 2MP monokromatik.

Untuk model ini, paparannya dipadankan dengan bingkai yang sedikit tebal dan selain itu dilengkapi cip pemproses MediaTek Helio P90 dengan konfigurasi 8/256GB disamping bateri 4000mAh VOOC 3.0. Perbezaan ketara adalah pada kamera yang menggunakan kamera pop-naik bukan bersirip jerung.

OPPO Reno2 F

Model terakhir ini pula hadir dengan kamera belakang 48MP dari jenis lain – berteknologi Samsung ISOCELL GM1 bersama aperture sedikit gelap iaitu f/1.79. Kamera ultra-lebar 8MP dan dua untuk potret masih lagi sama seperit Reno2 Z, termasuk juga daripada segi cip pemproses, paparan skrin 6.53-inci AMOLED, kamera pop-naik biasa 16MP, dan bateri 4000mAh dengan VOOC 3.0.

OPPO Reno2, Reno2 Z, dan Reno2 F akan dipasarkan tidak lama lagi sekitar bulan November kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend