OPPO Reno2 Dan Reno2 F Kini Rasmi Di Malaysia – Masing-masing RM2299 Dan RM1599 Comments Off on OPPO Reno2 Dan Reno2 F Kini Rasmi Di Malaysia – Masing-masing RM2299 Dan RM1599

Siri telefon pintar terbaru, Reno2 telah dilancarkan secara rasmi hari ini di Malaysia. Telefon yang dimaksudkan ialah Reno2 dan Reno2 F. Kedua-dua peranti ini menawarkan rekaan premium disamping hadir dengan empat kamera belakang dan kamera depan sirip jerung serta kamera depan pop-naik.

Di Malaysia, Reno2 ditawarkan dengan dua pilihan warna Luminous Black dan Sunset Pink sementara Sky White atau Lake Green untuk Reno2 F. Kedua-duanya datang dengan empat kamera belakang 48MP yang menyokong sehingga 5x zum hibrid (Reno2) dan mod malam terbaru dinamakan, Ultra Dark Mode.

Reno2
Reno2 F

Pada kamera depan, ia kini dilengkapi sistem penggambaran Potrait Mode 2.0 yang dapat memberikan pengalaman swafoto yang lebih menyeluruh melalui enam tetapan potret berbeza. OPPO turut mendakwa kamera depan pada siri Reno2 adalah yang pertama di dunia yang menyokong video kesan bokeh.

Pra-tempah OPPO Reno2 dan Reno2 F bermula hari ni sehingga 25 Oktober 2019. Ia akan berada di pasaran mulai 26 Oktober 2019 di semua kedai konsep OPPO, wakil penjual sah, dan telco (Celcom, Maxis) seluruh negara, selain boleh membelinya melalui kedai rasmi OPPO di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi OPPO Reno2:

  • 6.5″ AMOLED FHD+
  • Corning Gorilla Glass 6
  • Snapdragon 730G
  • Adreno 618
  • ColorOS 6.1 (berasaskan Android 9)
  • Kamera utama: 48MP + 13MP + 8MP + 2MP (20x zum digital)
  • Kamera depan: 16MP sirip jerung (Soft front light)
  • 8GB + 256GB
  • 4000mAh
  • VOOC 3.0 20W
  • USB-C, Bluetooth 5.0, Dolby Atmos, Dual Wifi
  • RM2299

Spesifikasi OPPO Reno2 F:

  • 6.5″ AMOLED FHD+
  • Corning Gorilla Glass 5
  • Mediatek Helio P70
  • Mali-G72 MP3
  • ColorOS 6.1 (berasaskan Android 9)
  • Kamera utama: 48MP + 8MP + 2MP + 2MP
  • Kamera depan: 16MP pop-naik (Atmosphere light)
  • 8GB + 128GB
  • 4000mAh
  • USB-C, Bluetooth 5.0, Dolby Atmos
  • RM1599

Baca juga:

OPPO Reno2 Boleh Dipra-tempah Bermula 16 Oktober Dengan Hadiah Percuma Bernilai RM318

OPPO Reno2 / Reno2 Z / Reno2 F, Kesemuanya Diperkenalkan Dengan Empat Kamera Belakang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend