OPPO Reno2 Boleh Dimiliki Dengan Ansuran 12 Bulan Tanpa Kad Kredit Dan Deposit Sehingga 30 Nov 2019 Comments Off on OPPO Reno2 Boleh Dimiliki Dengan Ansuran 12 Bulan Tanpa Kad Kredit Dan Deposit Sehingga 30 Nov 2019

OPPO Reno2 dan OPPO Reno2 F yang masing-masing ditawarkan pada harga RM2,299 dan RM1,599 sudahpun dijual secara rasmi di OPPO Concept Store, kedai OPPO yang sah, kedai rantaian OPPO dan juga atas talian bermula 26 Oktober 2019 yang lepas.

Siri OPPO Reno2 berjaya mendapat sambutan yang sangat positif apabila ia telah berjaya mencatatkan angka jualan dua kali ganda berbanding generasinya sebelum ini. Dihadiri oleh penyanyi terkenal Eric Chou, pelanggan yang hadir dilihat telah mula beratur seawal jam 6 pagi.

Wei Qin merupakan pembeli pertama OPPO Reno2 di dalam jerayawara jualan pertama siri OPPO Reno2 di Sunway Pyramid.

Bagi yang berminat untuk memiliki OPPO Reno2, kini anda boleh memilikinya melalui ansuran bulanan selama 12 bulan dengan kadar faedah rendah menggunakan perkhidmatan AEON Credits. Tanpa memerlukan deposit ataupun kad kredit, ia tersedia di semua OPPO Concept Store, kedai OPPO terpilih, dan juga telco terpilih sehingga 30 November 2019.

OPPO Reno2
OPPO Reno2 F

Bermula 26 Oktober hingga 30 November 2019, pemegang kad Public Bank juga layak untuk menyertai peraduan ‘Spend & Win’ yang menawarkan peluang untuk memenangi OPPO Reno2 (RM2,299) ataupun Weloop Neo Smartband (RM389). Pembeli OPPO Reno2 menggunakan kad tersebut akan layak menerima 2 penyertaan, manakala 100 pelanggan terawal akan turut menerima pulangan tunai 3%.

Video Buka Kotak OPPO Reno2:

Baca juga:

ColorOS Berasaskan Android 10 Versi Percubaan Kini Ditawarkan Kepada Pengguna OPPO Reno

OPPO Reno2 Dan Reno2 F Kini Rasmi Di Malaysia – Masing-masing RM2299 Dan RM1599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend