OPPO Reno Sunset Rose Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Yang Sama Comments Off on OPPO Reno Sunset Rose Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Yang Sama 471

OPPO Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan warna baharu OPPO Reno kepada pengguna tempatan. Warna putih kemerah-merahan ini dikenali sebagai Sunset Rose juga merupakan warna ketiga selepas Ocean Green dan Jet Black.

Apa yang menarik, pihak OPPO masih mengekalkan harga jualan peranti ini pada harga RM1,999. Nampaknya tiada perubahan spesifikasi dibuat kali ini, memandangkan atas kertas ia masih menunjukkan perkakasan yang sama.

OPPO Reno Sunset Rose hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 710, memori 6GB RAM, dan storan seluas 256GB. Ia dipadankan skrin dengan bezel nipis bersaiz 6.4-inci menggunakan teknologi AMOLED beresolusi HD penuh+. Skrin ini turut mendapat perlindungan daripada panel Corning Gorilla Glass 6 untuk bertahan daripada calar mahupun hentakan.

Untuk kamera belakang, ia boleh merakam gambar malam dengan terang melalui sokongan Ultra Night Mode 2.0 menggunakan dwi-kamera 48MP + 5MP. Manakala kamera depan pula menggunakan rekaan Shark Fin Camera 16MP yang akan terangkat apabila kamera dibuka ataupun ketika menyahkunci peranti. Selain itu, ia dijana bateri sebesar 3765mAh dengan teknologi VOOC 3.0 untuk pengecasan pantas.

OPPO Reno Sunset Rose akan dijual di semua kedai rasmi OPPO, Lazada, Shopee, dan wakil penjual sah seluruh negara, serta rakan telco (Celcom, Digi, dan Maxis) bermula hari ini 7 Julai 2019 jam 5 petang.

Beli OPPO Reno Sunset Rose secara eksklusif hanya di:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend