Oppo Reno Sunset Rose Akan Diperkenalkan Di Malaysia Awal Bulan Hadapan Comments Off on Oppo Reno Sunset Rose Akan Diperkenalkan Di Malaysia Awal Bulan Hadapan 337

Oppo hari ini telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru mereka, Oppo Reno akan diperkenalkan dalam pilihan warna baharu iaitu Sunset Rose pada 2 Julai nanti di Malaysia.

Penawaran warna baharu ini sekaligus menambah dua pilihan warna sedia ada, Ocean Green dan Jet Black yang telah diperkenalkan pada pertengahan bulan lalu. Warna lembut ini jelas sekali mensasarkan pengguna wanita yang inginkan telefon pintar dengan warna yang menonjol.

Berkenaan harga, pihak Oppo masih belum mendedahkannya sehingga hari pelancaran kelak. Bagaimanapun, tiada perbezaan daripada segi spesifikasi untuk telefon pintar ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend