Oppo Reno Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1999 Comments Off on Oppo Reno Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1999 313

Selepas diperkenalkan kepada umum hampir sebulan yang lalu, Oppo Reno kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebentar tadi. Kami tidak tahu mengapa pihak Oppo mengasingkan majlis pelancaran Oppo Reno dengan Oppo Reno 10X, tapi apa yang penting model versi mercu tersebut akan dilancarkan di negara ini pada 27 Mei 2019.

Berbalik semula kepada Oppo Reno, telefon pintar siri terbaru ini hadir dengan rekaan paparan penuh 6.4-inci FHD+ AMOLED dengan perlindungan skrin Corning Gorilla Glass 6. Melalui skrin, pengguna boleh menyahkunci peranti menggunakan imbasan jari pada skrin.



Ia dikuasakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 710, memori RAM 6GB, dan ruang storan sebesar 256GB. Bateri yang dimuatkan pula adalah sebesar 3,765mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 serta dijalankan di atas sistem operasi ColorOS 6 berasaskan Android 9.0 Pie.


Dari sudut lensa pula, Oppo Reno dilengkapi dwi-kamera belakang 48MP f/1.7 dan 5MP f/2.4 dengan bantuan OIS (sistem penstabilan imej optikal) selain kamera depan terangkat 16MP bersama LED flash.

Oppo Reno tiba dengan pilihan warna Jet Black dan Ocean Green pada harga RM1,999 seunit. Ia boleh ditempah mulai 17 Mei hingga 27 Mei 2019 di semua kedai konsep Oppo seluruh negara dan gedung dalam talian Lazada dan Shopee. Setiap tempahan pelanggan akan menerima hadiah berupa jaminan perlindungan, jaminan tambahan selama setahun, dan sarung Smart Battery Casing kesemuanya bernilai RM438.

Baca juga:

OPPO Reno Dilaporkan Menggunakan Teknologi Rakaman Audio OZO Daripada Nokia

Oppo Reno 10X Akan Dilengkapi Zum Digital 60x, Lebih Banyak Daripada Huawei P30 Pro

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend