OPPO Reno Akan Diperkenalkan Dalam Dua Warna Pilihan Untuk Pasaran Malaysia Comments Off on OPPO Reno Akan Diperkenalkan Dalam Dua Warna Pilihan Untuk Pasaran Malaysia

Minggu lepas OPPO Malaysia telah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi OPPO Reno untuk pasaran tempatan yang akan berlangsung pada 16 Mei 2019 ini. Sebagaimana yang kami kongsikan sebelum ini, OPPO Malaysia mungkin akan hanya membawa masuk OPPO Reno varian Snapdragon 710 sahaja buat masa ini.

Terbaru, OPPO Malaysia sekali lagi telah mengesahkan bahawa pengguna di negara ini akan menerima dua warna pilihan untuk OPPO Reno iaitu Ocean Green dan juga Jet Black.Warna Ocean Green diinspirasikan daripada cahaya di atas permukaan laut, dan ia menggunakan satu lapisan kaca dengan dua tekstur berbeza. Lebih menariknya, ia tampil dengan permukaan kusam (matte) dengan kemasan anti-silau.

Manakala warna Jet Black pula menampilkan permukaan kaca berkilat dengan efek warna cerun yang sangat unik. Ia memiliki pelbagai corak dengan tiga tekstur berbeza yang diukir menggunakan laser.

OPPO Reno menampilkan sokongan dwi kamera 48MP + 5MP, skrin penuh yang dikenali sebagai ‘Panoramic Screen’, dan juga dilengkapi teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 Flash Charge. Untuk mengetahui harga dan juga tarikh ketersediaan OPPO Reno, nantikan pendedahan rasminya nanti.

Baca juga:

OPPO Malaysia Mungkin Akan Lancar OPPO Reno Versi Snapdragon 710 Sahaja Pada 16 Mei 2019 Nanti

OPPO Reno Dilancarkan – Snapdragon 855, Tiga Kamera 48MP dengan 10x Lossless Zoom dan VOOC 3.0

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend