OPPO Reno Ace Kini Rasmi Dengan Paparan 90Hz, Snapdragon 855+, Pengecasan 65W Comments Off on OPPO Reno Ace Kini Rasmi Dengan Paparan 90Hz, Snapdragon 855+, Pengecasan 65W 174

OPPO hari ini telah mengemas kini portfolio mereka apabila melancarkan OPPO Reno Ace secara rasmi kepada umum. Lihat pada tajuk sahaja kita sudah tahu yang peranti ini hadir dengan spesifikasi tinggi untuk berdiri sebaris dengan peranti mercu lain di luar sana.

Reno Ace dilengkapi paparan bersaiz 6.5-inci AMOLED beresolusi FHD+ dengan nisbah 20:9. Paparan ini juga menyokong kadar segar semula sehingga 90Hz untuk memberikan pengalaman skrin yang lebih lancar kepada pengguna. Selain dari itu, ia juga menyokong pengimbas cap jari bawah skrin.

Pada jabatan kamera, Reno Ace menyertakan konfigurasi kuadkamera menggabungkan lensa 48MP Sony IMX586, 13MP telefoto 5x zum hibrid, 8MP ultralebar, dan 2MP monokrom. Reno Ace juga menawarkan bateri sebesar 4000mAh dan dibelakangnya terdapat sistem pengecasan pantas Super VOOC 2.0 berkuasa 65W. Ia sekaligus membolehkan peranti dicas dari kosong peratus hingga penuh hanya kurang dari 30 minit.

Melengkapkan peranti ini, ia dijana cipset terbaru Qualcomm Snapdragon 855+ bersama memori sehingga 12GB RAM dan storan 256GB UFS 3.0. Sokongan lain adalah bicu audio 3.5mm, NFC, dwi-frekuensi GPS, dan sistem operasi ColorOS 6.1 berasaskan Android 10.

Didatangkan dengan dua pilihan warna Psychedelic Purple dan Starry Blue, Reno Ace ditawarkan dalam beberapa pilihan varian:

  • 8GB + 128GB → CNY2999 (~RM1760)
  • 8GB + 256GB → CNY3199 (~RM1878)
  • 12GB + 256GB → CNY3799 (~RM2230)

Pada masa sama, OPPO turut memperkenalkan edisi Gundam ke pasaran China. Ia dinamakan 40th Gundam Edition Reno Ace yang dijual pada harga yang masih belum diketahui. Bagaimanapun peranti edisi terhad ini hadir dengan kemasan warna dan antaramuka bertemakan Gundam.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend