OPPO Reno Ace Infinity Akan Dilengkapi Teknologi Pengecasan Melalui Udara Comments Off on OPPO Reno Ace Infinity Akan Dilengkapi Teknologi Pengecasan Melalui Udara

OPPO hari ini telah mempamerkan telefon pintar terbaru yang dinamakan OPPO Reno Ace Infinity. Menurut syarikat, peranti ini akan hadir dengan teknologi pengecasan melalui udara yang dipanggil FreeVOOC yang mana boleh mengecas bateri telefon dengan kuasa 5-10W pada jarak 10 meter dari palam kuasanya.

Menerusi video yang dikongsikan, peranti ini akan sentiasa dicas apabila peranti itu berada di dalam zon yang ditetapkan. Terdapat beberapa bahan konduktor yang dimuatkan pada kerangka peranti supaya ia dapat menerima gelombang khas daripada alat pemancar ataupun pengecasnya.

OPPO memanggilnya “masa depan pengecasan tanpa wayar” namun tiada tarikh khusus bilakah ia akan dirasmikan. Apa yang boleh kami kata, selagi ia tidak dipamerkan secara nyata, kita boleh menganggap mereka hanya mahu melakukan perkara gimik sahaja bahkan hari ini juga merupakan hari bagi sesetengah orang menyambut April Fool.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend