OPPO Reno A Dilancarkan Dengan Snapdragon 710, Skrin AMOLED, Kalis Air Dan Debu IP67 Comments Off on OPPO Reno A Dilancarkan Dengan Snapdragon 710, Skrin AMOLED, Kalis Air Dan Debu IP67 144

OPPO baru sahaja melancarkan Reno A untuk pasaran Jepun bermula hari ini. Peranti ini didatangkan dengan paparan AMOLED 6.4-inci FHD+ dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin selain dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 5.

Reno A diperkasakan cipset Snapdragon 710 yang dibantu memori sebesar 6GB RAM dan 128GB storan. Pada bahagian kamera, ia menawarkan lensa 16MP sebagai kamera utama sementara kamera kedua menggunakan lensa kedalaman 2MP. Untuk swafoto pula, kamera 25MP dibekalkan bersama.

Peranti ini dijana bateri 3600mAh serta menjalankan sistem operasi ColorOS 6 berasakan Android 9 Pie. Daripada segi luaran, ia menyokong ciri kalis air dan debu IP67.

Di Jepun, OPPO Reno A ditawarkan dalam dua pilihan warna biru dan hijau dengan harga JPY35,800 (~RM1398) sebuah.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend