OPPO Reno 10x Zoom Raih Skor 116 Di DXOMARK, Setanding P30 Pro Dan Galaxy S10 5G Comments Off on OPPO Reno 10x Zoom Raih Skor 116 Di DXOMARK, Setanding P30 Pro Dan Galaxy S10 5G

Senarai DXOMARK pasti akan berubah apabila telefon pintar mercu terkini dilancarkan. Namun berbeza pada kali ini, sebuah telefon pintar model terdahulu telahpun muncul dalam senarai dengan membawa skor yang tinggi.

Ianya OPPO Reno 10x Zoom yang telah diperkenalkan pada bulan Mei lalu. Skor 116 yang diperolehi sekaligus meletakkannya sebaris dengan telefon pintar hebat lain seperti HUAWEI P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G.

Pada kedudukan ketujuh dalam senarai, DXOMARK mengatakan Reno 10x Zoom menawarkan keupayaan zum yang baik. Kamera juga dapat melaraskan pendedahan cahaya yang tepat dalam kebanyakan situasi. Butiran gambar dalam cahaya terang juga baik begitu juga gambar di dalam bangunan.

Walaubagaimanpun, terdapat juga kekurangan seperti kamera peranti ini menghasilkan noise dalam kawasan gelap serta tidak mampu menangkap butiran yang terperinci apabila zum pada jarak sederhana. Selain itu, ketepuan warna juga dilihat kurang memuaskan lantas menjadikan gambar jadi kurang menyerlah.

Ketika ini di Malaysia, orang ramai boleh mendapatkan OPPO Reno2 pada harga RM2299 sebuah. Namun perlu diingatkan, peranti ini tidak didatangkan dengan lensa periskop untuk keupayaan menangkap gambar 5x zum optikal seperti Reno 10x Zoom.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend