Oppo Reno 10X Zoom Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM3,399 Comments Off on Oppo Reno 10X Zoom Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM3,399

Selepas penampilan Oppo Reno minggu lalu, kini tiba giliran Oppo Reno 10X Zoom pula dilancarkan di Malaysia. Telefon pintar ini adalah peranti mercu yang ditunggu-tunggu oleh ramai pengguna kerana kebolehan kamera belakangnya yang boleh zum sehingga 10-kali.

Hadir dengan spesifikasi tinggi, Oppo Reno 10X Zoom juga menggayakan rekaan premium dan mewah melalui dua pilihan warna Ocean Green dan Jet Black. Konsep rekaan kamera belakangnya adalah lain daripada lain kerana ia dibenamkan di dalam badan sekaligus tampak lebih kemas dan ergonomik.


This slideshow requires JavaScript.

Telefon pintar ini juga dilengkapi paparan skrin penuh dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencapai 93.1% melalui teknologi AMOLED dan perlindungan Corning Gorilla Glass 6. Oppo memaklumkan kamera terangkat unik yang dinamakan ‘sirip jerung’ ini juga dapat bertahan lama setelah berjaya diuji sebanyak 200,000 kali atau lebih kurang lima tahun penggunaan. Bagi melindungi kamera ini daripada rosak, sistem Drop Protection telah dimuatkan untuk kamera dimasukkan semula apabila peranti mengesan sebarang hentakan atau terjatuh.



Selain daripada itu, Oppo Reno 10X Zoom turut menyokong teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0, audio Dolby Atmos (melalui fon telinga), Game Boost 2.0, Touch Boost, dan Frame Boost yang mana ketiga-tiga ini khusus untuk permainan mudah alih.

Oppo Reno 10X Zoom ditawarkan pada harga RM3,399 seunit dan didatangkan bersama jaminan antarabangsa selama setahun. Pra-tempah telefon pintar ini telah dibuka bermula hari ini, 27 Mei hingga 17 Jun 2019 di semua kedai konsep Oppo, platfom eDagang (Shopee dan Lazada), serta rakan telco (Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile).

Setiap pra-tempahan, pelanggan akan menerima hadiah berupa penstabil gimbal telefon pintar (RM599), lanjutan setahun jaminan (RM139), dan jaminan perlindungan skrin (RM139) yang kesemuanya bernilai RM877.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend