Oppo Reno 10X Akan Dilengkapi Zum Digital 60x, Lebih Banyak Daripada Huawei P30 Pro Comments Off on Oppo Reno 10X Akan Dilengkapi Zum Digital 60x, Lebih Banyak Daripada Huawei P30 Pro

Oppo telah memperkenalkan telefon pintar terbaru, Oppo Reno 10X Zoom di China pada bulan lalu. Ia merupakan telefon pintar yang memfokuskan kepada kamera belakang menerusi lensa periskop.

Menurut entri terbaru daripada Brian Shen di Weibo, Oppo dikatakan bakal melancarkan Reno 10X dengan sokongan zum digital sehingga 60x khusus untuk pasaran China pada 10 Mei ini.

Dengan keupayaan ini, ia sekaligus memberikan Reno 10X sedikit kelebihan berbanding 50x zum pada Huawei P30 Pro. Sistem tri-kamera peranti ini menggabungkan sensor utama 48MP, sensor telefoto 12MP, dan sensor ultra lebar 8MP selain modul kamera periskop pula memiliki kepanjangan fokal 16-160mm khusus untuk pengezuman.

Terdapat juga sistem penstabilan imej (OIS) pada lensa bagi mengurangkan gegaran semasa mengezum. Sementara kamera swafoto pula menyediakan sensor 16MP yang akan keluar secara automatik dari kerangka peranti.

Oppo 10X Edition akan diumumkan di China pada 10 Mei 2019 tanpa tanda harga rasmi. Jadi, sama-sama kita nantikan maklumat terperinci pada hari pelancarannya nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend