OPPO Rancang Untuk Memperkenalkan Telefon Pintar Skrin Penuh Dengan Sokongan Skrin Kedua Untuk Swafoto Comments Off on OPPO Rancang Untuk Memperkenalkan Telefon Pintar Skrin Penuh Dengan Sokongan Skrin Kedua Untuk Swafoto

Nampaknya OPPO bakal hadir dengan satu lagi peranti yang menampilkan kelainan berbanding peranti keluarannya sebelum ini, selepas paten untuk rekaan telefon pintar yang memfokuskan ciri swafoto ini dilihat telah mula menerima kelulusan dari World Intellectual Property Office (WIPO).

Melalui rekaan paten yang berjaya didedahkan itu, telefon pintar ini dilihat menampilkan rekaan skrin penuh tanpa sokongan bezel pada bahagian atas ataupun bahagian bawah kerangka. Lebih istimewa, rekaan telefon pintar ini turut menawarkan sokongan skrin sentuh kedua pada bahagian panel belakangnya.

Memandangkan tiada kamera swafoto disediakan pada bahagian panel depan bagi menempatkan rekaan skrin penuh, aktiviti swafoto boleh dibuat menggunakan kamera utama yang ditempatkan pada panel belakang. Sokongan paparan skrin kedua itu membolehkan pengguna untuk mengakses pelbagai mod penggambaran.

Berdasarkan imej paten yang dikongsikan, OPPO juga turut bercadang untuk memperkenalkan sokongan dwi kamera dengan beberapa rekaan berbeza bagi menempatkan kedua-dua lensa kamera tersebut. Paten itu turut mendedahkan bahawa telefon pintar OPPO ini akan menyokong ciri kalis air dan debu.

Paten ini telah difailkan oleh OPPO pada September tahun lepas, dan ia berjaya mendapatkan kelulusan WIPO pada 12 Julai yang lalu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend