Oppo R17 Pro ‘Emerald Green’ Akan Tiba Minggu Ini Dalam Kuantiti Terhad Comments Off on Oppo R17 Pro ‘Emerald Green’ Akan Tiba Minggu Ini Dalam Kuantiti Terhad

Oppo dijadual melancarkan Oppo R17 Pro ke pasaran Malaysia pada 22 November ini, malah dalam masa sama akan turut memperkenalkan model edisi terhad dalam kemasan warna Emerald Green.

Oppo juga memaklumkan Oppo R17 Pro Emerald Green akan dipasarkan dalam jumlah yang terhad jadi ia mungkin tertakluk kepada siapa cepat dia dapat. Peranti ini adalah yang pertama untuk pasaran telefon pintar Malaysia menggunakan teknologi pengecasan Super VOOC. Bagi yang belum tahu, sistem pengecasan ini hanya mengambil masa selama 10 minit untuk 40% bateri.

Oppo R17 Pro didatangkan dengan tiga kamera utama yang menyokong bukaan kamera boleh-laras yang dikuasakan kecerdasan buatan. Selain itu, kamera ini juga dibantu penstabilan imej optikal serta berupaya merakam gambar dalam persekitaran gelap menerusi ciri khas.

Apa-apapun kita akan mendengar pendedahan yang lebih terperinci dalam majlis pelancarannya minggu ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend