Oppo R17 Dan R17 Pro Edisi Tahun Baru Miliki Wajah Babi Comments Off on Oppo R17 Dan R17 Pro Edisi Tahun Baru Miliki Wajah Babi

Oppo R17 Pro telah dilancarkan di Malaysia pada bulan lepas dengan harga RM2699 seunit. Walaupun harganya agak mahal pada kami, ia sebenarnya peranti yang berbaloi untuk dimiliki kerana hadir dengan dua fungsi terbaru iaitu SuperVOOC (pengecasan paling pantas) dan Night (penggambaran malam).

Terbaru, Oppo telah melancarkan Oppo R17 dan R17 Pro New Year Edition untuk pasaran China. Ia menawarkan kemasan warna merah dan emas beserta cetakan logo berwajah babi di panel belakang. Selain daripada itu, ia dilengkapi memori 8GB RAM dan 128GB storan.

Variasi ini dijual di sana bermula 21 Dis pada harga CNY4,300 (~RM2601) untuk R17 Pro, manakala CNY2800 (~RM1698) pula untuk R17 dengan memori 6GB + 128GB.

Menurut kalendar Cina, tahun 2019 ialah tahun babi dan warna merah seperti biasa melambangkan ‘ong’ pada kepercayaan mereka. Adakah peranti berwajah babi ini patut dibawa masuk ke Malaysia? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal OPPO R17 Pro Dalam Warna ‘Radiant Mist’

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend