
Pelbagai pendekatan telah digunakan oleh pengeluar dalam menghasilkan sebuah telefon pintar dengan sokongan paparan skrin penuh. Ini termasuklah rekaan kamera boleh lipat, kamera terangkat pada bahagian atas, dan yang terbaharu rekaan kamera di bawah paparan skrin.
OPPO yang merupakan antara pengeluar yang terkenal dengan rekaan kamera terangkat, baru-baru ini telah dilaporkan mula mempatenkan rekaan kamera depan terangkat yang ditempatkan pada bahagian sisi kerangka. Berdasarkan gambar yang didedahkan oleh Pentadbiran Harta Intelek Negara China (CNIPA), kedudukan kamera itu terletak pada sisi kanan kerangka.
Menariknya, rekaan kamera terangkat ini ditempatkan selari dengan kedudukan dwi kamera utama yang terletak pada bahagian panel belakang peranti tersebut. Sungguhpun begitu, buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada OPPO akan mengkomersialkan rekaan sebegini ataupun ia hanyalah sekadar rekaan konsep sahaja.
Baca juga:
OPPO Memperlihatkan Prototaip Telefon Pintar Dengan Teknologi Kamera Di Bawah Skrin