OPPO Mempatenkan Konfigurasi Tiga Kamera Dengan ’10x Lossless Zoom’ Untuk Model OPPO F19 Comments Off on OPPO Mempatenkan Konfigurasi Tiga Kamera Dengan ’10x Lossless Zoom’ Untuk Model OPPO F19

Dari hari ke hari, kamera yang dimiliki oleh telefon pintar bukan sahaja menjanjikan keupayaan penggambaran yang lebih baik tetapi dalam masa yang sama ia turut menyokong teknologi yang semakin canggih.

Baru-baru sumber di Slashleaks telah mendedahkan ketirisan satu lagi paten kamera yang dipercayai milik OPPO yang akan mengintegrasikan teknologi ’10x lossless zoom’ pada model OPPO F19. Melalui lakaran paten yang dikongsikan, OPPO F19 akan menyokong konfigurasi tiga kamera pada panel belakangnya.

Paten yang ditiriskan sendiri oleh salah satu daripada pembekal komponen OPPO ini walau bagaimanapun tidak mendedahkan lebih terperinci tentang OPPO F19. Sungguhpun begitu, ia dipercayai menyokong rekaan skrin penuh yang masih belum diketahui saiz ukurannya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend