OPPO Malaysia Umum Tarikh Pelancaran Rasmi OPPO Find X Pada 17 Julai 2018 Comments Off on OPPO Malaysia Umum Tarikh Pelancaran Rasmi OPPO Find X Pada 17 Julai 2018

Lebih kurang sebulan selepas OPPO Find X dilancarkan di Paris, kali ini giliran Malaysia pula akan menerima kemasukan peranti flagship premium ini selepas OPPO Malaysia telah mengumumkan tarikh pelancarannya di negara ini pada 17 Julai 2018 nanti.

OPPO Find X yang menyokong paparan skrin OLED berukuran 6.4 inci FHD+ ini telah mempertaruhkan rekaan inovasi dengan rekaan kamera 3D serta sensor yang tersembunyi di sebalik kerangka. Ia juga turut menjanjikan prestasi terbaik dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, ruang storan 128GB/256GB dan juga RAM 8GB.

Dilengkapi dengan pengecasan pantas VOOC  untuk menjana kuasa bateri berkapasiti 3730 mAh, OPPO Find X dijual di China pada harga bermula dari CNY4,999 (kira-kira RM3,053).

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend