OPPO Malaysia Umum Tambahan 550 Unit Lagi Untuk OPPO F9 Jade Green Pada 19 Januari 2019 Comments Off on OPPO Malaysia Umum Tambahan 550 Unit Lagi Untuk OPPO F9 Jade Green Pada 19 Januari 2019

Berikutan sambutan yang sangat positif terhadap edisi terhad OPPO F9 Jade Green yang sebelum ini habis terjual, OPPO Malaysia hari ini telah mengumumkan untuk menambah 550 unit lagi untuk model tersebut pada 19 Januari 2019 nanti.

Menurut OPPO Malaysia, sebanyak 500 unit OPPO F9 Jade Green boleh dimiliki di OPPO Concept Stores di seluruh negara bermula 19 Januari. Manakala hanya 50 unit OPPO F9 Jade Green sahaja akan ditawarkan melalui OPPO Online Store. Jadi sekiranya anda bercadang untuk memiliki edisi terhad yang dijual pada harga RM1,199 ini, pastikan anda bersedia pada tarikh yang dinyatakan.

OPPO F9 juga turut ditawarkan dalam tiga lagi pilihan warna iaitu Sunrise Red, Twilight Blue dan Starry Purple pada harga RM1,199 di OPPO Concept Stores, OPPO Online Store, LazadaShopee, Senheng, SenQ, dan juga Courts.

Baca juga:

4000 Unit OPPO F9 Jade Green Edisi Terhad Kini Telah Habis Terjual Pada Hari Pertama Jualan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend