OPPO Malaysia Sahkan Kemunculan Siri OPPO Reno Untuk Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on OPPO Malaysia Sahkan Kemunculan Siri OPPO Reno Untuk Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Hari ini melalui perkongsian kenyataan media rasmi yang telah dikongsikan, OPPO Malaysia telah mengesahkan penawaran siri OPPO Reno untuk pasaran tempatan. Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak OPPO Malaysia tidak pula mendedahkan tarikh pelancaran dan juga ketersediaan peranti tersebut.

OPPO Reno versi Snapdragon 710 (kiri) dan OPPO Reno 10x Zoom dengan sokongan modul kamera jenis periskop (kanan).

Namun begitu, berdasarkan penggunaan perkataan ‘siri OPPO Reno’, berkemungkinan OPPO Malaysia akan membawa masuk lebih daripada satu varian ke negara ini. Sebagai rujukan, siri OPPO Reno terdiri daripada dua varian berbeza iaitu OPPO Reno versi Snapdragon 710, dan juga OPPO Reno 10x Zoom yang hadir dengan sokongan cipset Snapdragon 855.

OPPO Reno versi 5G baru sahaja dijual secara rasmi di Switzerland pada harga CHF999 iaitu kira-kira RM4,058.

Jika dilihat pada harga jualan OPPO Reno versi Snapdragon 710, ia ditawarkan dalam tiga konfigurasi memori iaitu 6GB + 128GB (kira-kira RM1,833), 6GB + 256GB (kira-kira RM2,017), dan juga 8GB + 256GB (kira-kira RM2,200). OPPO Reno 10x Zoom juga turut ditawarkan dalam tiga pilihan memori berbeza iaitu 6GB + 128GB (kira-kira RM2,445), 6GB + 256GB (kira-kira RM2,750), dan juga 8GB + 256GB (kira-kira RM2,934).

Baca juga:

OPPO Reno Dilancarkan – Snapdragon 855, Tiga Kamera 48MP dengan 10x Lossless Zoom dan VOOC 3.0

OPPO Reno Dilaporkan Menggunakan Teknologi Rakaman Audio OZO Daripada Nokia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend