OPPO Malaysia Perkenal Edisi Istimewa Reno 10x Zoom Dengan Sokongan 5G Dan 12GB RAM Comments Off on OPPO Malaysia Perkenal Edisi Istimewa Reno 10x Zoom Dengan Sokongan 5G Dan 12GB RAM

Sekitar bulan Mei 2019 yang lalu, OPPO Malaysia telahpun melancarkan secara rasmi siri Reno pertamanya dengan penawaran model OPPO Reno 10x Zoom untuk pasaran tempatan. Dijual pada harga RM3399, ia ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 8GB + 256GB.

Menariknya hari ini OPPO Malaysia telah memperkenalkan semula OPPO Reno 10x Zoom edisi istimewa untuk peminat OPPO Reno di negara ini. Berbeza dengan model sedia ada di pasaran, edisi istimewa ini akan menampilkan sokongan rangkaian 5G dan juga dilengkapi dengan kapasiti RAM sebesar 12GB.

Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, OPPO Reno 10x Zoom edisi istimewa ini boleh dipra-tempah di OPPO Flagship Store di The Gardens Mall. Setiap pra-tempah peranti ini akan turut menerima hadiah percuma berupa Enco Q1 (RM599), VOOC Powerbank (RM299), dan juga pencetak Fuji (RM599).

OPPO Reno 10x Zoom edisi istimewa ini juga akan tampil dalam warna baharu yang lebih menarik, dan dijangka akan dijual pada harga bawah RM3,500 untuk pasaran tempatan.

Baca juga:

OPPO Flagship Store Yang Pertama Di Malaysia Akan Dibuka Di The Gardens Mall, KL

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend